Kerjaya kelab Zinho Vanheusden

Pada pertengahan tahun 2015, Vanheusden menyertai akademi Inter Milan[1] selepas beliau menghabiskan tujuh musim di pasukan belia Standard Liège. Beliau telah ditawarkan menyertai skuad senior Inter Milan untuk beberapa perlawanan terakhir Serie A 2016–17;[2] beliau juga tampil sebagai pemain simpanan dalam beberapa perlawanan pembukaan Serie A 2017–18.[3][4][5][6] Beliau turut beraksi untuk pasukan bawah-19 sebagai pertahanan utama, di mana [asukannya menjuarai Campionato Nazionale Primavera 2016-17.[7] Pada 27 September 2017, Vanheusden mengalami kecederaan ligamennya dalam aksi Liga Belia UEFA menentang FC Dynamo Kyiv,[8] sekali gus memaksanya untuk berehat selama 4 bulan.[9] Pada 26 Januari 2018, Vanheusden telah melanjutkan kontraknya bersama Inter sehingga Jun 2022.[10]

Pada 30 Januari 2018, Vanheusden menyertai kelab Standard Liège sehingga 30 Jun 2018 secara pinjaman bersama pilihan untuk melanjutkan tempoh itu selama setahun lagi.[11] Vanheusden melakukan penampilan pertamanya bersama Standard Liège dalam aksi play-off liga menewaskan K.A.A. Gent 1-0 pada 14 April 2018.[12]

Pada 28 Jun 2019, Standard Liège membawa masuk Vanheusden secara tetap melalui perpindahan yang bernilai 12.5 juta euro sekali gus meleburkan rekod pembelian termahal oleh kelab Belgium yang dipegang oleh pemain Nicolae Stanciu.[13][14]

Rujukan

WikiPedia: Zinho Vanheusden http://static.belgianfootball.be/project/publiek/j... http://sporza.be/cm/sporza/voetbal/buitenland/Ital... http://standard.be/en/players/zinho-vanheusden http://standard.be/nl/news/zinho-vanheusden-op-uit... http://www.soccerway.com/players/zinho-vanheusden/... http://eu-football.info/_player.php?id=10936 http://www.corrieredellosport.it/news/calcio/serie... https://www.rtbf.be/sport/football/belgique/jupile... https://uk.soccerway.com/matches/2020/10/08/world/... https://www.tuttomercatoweb.com/serie-a/ufficiale-...